31 January, 2011

Ku Korbankan Cintaku Kerana-Mu



Sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Begitu juga dengan Ayyuni. Perkenalannya dengan Anas hampir 4 tahun. Sepanjang perhubungan itu pelbagai ujian mereka tempuhi,pahit manis semuanya telah mereka lalui. Bagi Ayyuni, Anas adalah seorang lelaki yang baik, tidak cepat melatah dengan kerenahnya. Sentiasa sabar dan memberi teguran yang berhemah. Mungkin kerana latar pendidikannya yang bersekolah agama. Hubungan mereka baik dan lancar, sehingga mereka menjejakkan kaki ke menara gading. Namun apa yang diharapkan tidak seindah impian. Semuanya hilang dalam kepekatan malam setahun yang lalu. Masih segar dalam ingatan Ayyuni pada malam itu, hatinya berbunga riang dan banyak perkara yang bermain di mindanya.
Dia sedar detik 12 malam semakin hampir. Baginya saat itu sangat bermakna kerana hari lahir insan yang amat disayanginya. Sebelumnya dia telah mengaturkan strategi yang dia rasakan cukup baik.  Pada jam 10.30 malam dia telah menghantar mesej kepada  Anas, memaklumkan dia kepenatan dan sakit kepala, serta tidak lupa memberitahu Anas dia akan tidur awal . Anas menyambut baik dan menasihatkan agar rehat secukupnya. Dalam mindanya, yakin bahawa Anas mengatakan dia lupa hari lahirnya. Namun sebaliknya, di hati Ayyuni tidak pernah sekalipun dia melupakan tarikh itu, malah sentiasa berfikir bagaimana untuk membuatkan kekasih hatinya itu bahagia. Ayyuni tidak tidur malah mengira-ngira detik 12 dan telefonnya setia di sisi, dan dalam masa yang sama Ayyuni menyiapkan tugasan yang masih berbaki.
Hatinya berdebar-debar, dan sesekali mengerling ke arah jam, terasa waktu begitu perlahan, dia mula memikirkan apa yang harus diungkapkan. Kegelisahannya mengundang tanda tanya kepada teman sebiliknya, Ita. “ Ayu kenapa dengan awak ni, macam cacing kepanasan jer, dari tadi asyik mengerling ke arah jam?” Namun dia hanya tersenyum. Tepat jam 12, di keluar ke beranda, takut-takut roomatenya akan mendengar perbualanya. Lantas jarinya mendail no yang disimpan kemas dalam mindanya.
Assalamualaikum, abang watpe tu?”
“Wslm, xde watpe.. eh tadi Ayu kate nak tido”.
“Ermm.. xdelah Ayu saje jer.. (sambil tergelak kecil)
Selamat hari lahir abang”.
“Terima kasih”, kedengaran begitu ringkas kata-kata yang keluar dari mulut Anas.
“Maaf abang, tadi Ayu saje jer, nak wat suprise..konon-konon ayu xingat hari lahir abang”.
“Hmm xper, xkisah pun”.
Tersentap hati ayu, mendengar kata-kata Anas, lain benar intonasi suaranya. Begitu serius tidak seperti biasa, hatinya sayu.
Abang xpelah kalau abang sibuk, Ayu xnak ganggu”.
“Ok.. assalamualaikum”.
Ketika itu, luluh hatinya.. apa yang dia harapkan lain yang jadi, sebelum ini jika hari lahir salah seorang dari mereka, tak akan kurang 30 minit mereka akan berborak, namun kali ini amat berbeza sekali.. pelbagai persolan yang bermain diminda Ayu. Perasaan sebak mula memamah  hati, tidak ada apa yang hendak dikatakan. Cuma air mata yang menjadi teman. Dia cuba untuk menahan rasa sedih itu dan cuba untuk tidak menitiskan manik-manik jernih di hadapan sahabatnya Ita.
Dia terus merebahkan tubuh di tilam empuknya, gelagatnya itu menimbulkan rasa pelik kepada sahabatnya. “Kenapa ni?” “Tadi gembira je, sekarang nampak monyok ..nak tidur dah ker?” Pertanyaan itu dibalas dengan senyuman. Tiba-tiba telefonnya berbunyi, bip..bip mesej daripada Anas. Dan dengan berat  hati dia membaca mesej tersebut. “ Salam, Maafkan abang, abang tahu Ayu akan sedih dengan keputusan abang ni, tapi abang rasa inilah jalan yang terbaik untuk kita. Abang dah fikir sedalamnya, Ayu dah sampai masanya kita keluar dari kelalaian yang kita cipta sendiri, sebelum kita pergi lebih jauh Abang rasa, cukuplah setakat ini hubungan kita. Tapi abang nak Ayu tahu abang tak pernah sekalipun membenci Ayu. Abang sedar selama ini abang yang salah kerana telah membawa Ayu ke arah jalan yang salah dan tidak sepatutnya sebagai bakal pemimpin melakukan hal itu. Maafkan abang.. jaga diri baik-baik”.
Ya ALLAH.. manik-manik jernih mula membasahi pipinya, namun dia cuba untuk mengawal agar esakannya tidak didengari oleh sahabatnya. Dia sememangya telah mengagak perkara itu pasti berlaku, namun waktu itu dirinya tidak besedia untuk menerima kejutan yang bisa merobek hatinya, kenapa hari ini? tidak hari lain, pelbagai persolan yang muncul di hatinya. Seolah-olah Anas telah lama bersedia untuk saat ini. Tidak ada persaankah Anas? Dalam sekelip mata berubah. Sampai hati membiarkan hati kecil ini tersiksa. Apa yang Ayu mampu lalukan ialah cuba melelapkan mata, namun tidak bisa menipu dirinya. Lantas, dia ke bilik air dan mengambil wudhuk, cuba untuk mencari ketenangan dengan membaca ayat suci al-Quran.
Sampai hati Anas, melukakan hatinya di kala peperiksaan akhir akan menjelang. Dia cuba menguatkan hatinya. Dia  berazam akan menjalani hidup seperti biasa biarpun hatinya dilanda taufan. Pagi itu dia ke kuliah dengan jiwa yang berkecamuk,  setelah kuliah selesai dia tidak pulang seperti biasa, dia ke perpustakaan.  Di sana dia cuba mencari ketenangan namun, hatinya rapuh menitis lagi air matanya. Saat bersendirian kenangan-kenangan lama mula menari-nari di mindanya dan saat itulah hatinya bagai disiat-siat.
Kenapa, kenapa? Dan kenapa? Persoalan itu bermain di fikirannya. Mungkin dia sudah ada yang lain? Bip..bip.. dia dikejutkan dengan  nada mesej telefon bimbitnya. Tertera nama Anas, “Salam, Ayu, ingatlah kita berpisah bukan kerana benci, bukan kerana dendam, bukan juga kerana orang lain tapi kerana ALLAH. Sama-sama kita berdoa dan yakin dengan janji-Nya. Andai ada jodoh, insyaallah Dia akan temukan kita dalam keadaan yang lebih baik dari sekarang. Jaga diri baik-baik.”
Ayu mengesat air matanya, dan dia berazam untuk menerima segalanya dengan ikhlas dan hatinya berkata tidak perlu lagi bersedih, dia yakin ALLAH menyayanginya kerana telah memberinya peluang untuk menjauhi dosa-dosa yang bakal mengheretnya ke neraka. Saat itu dia teringat akan Firman ALLAH yang bermaksud: Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman. [Al-Imran :139]
Kini, dia sedar bahawa apa yang berlaku ada hikmahnya, hidup Ayyuni sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hatinya lagi. Hidupnya lebih suci dan tanpa dihantui rasa berdosa dia lebih yakin untuk menasihati sahabat-sahabat yang lain. Baginya inilah saat untuk dia muhasabah kembali dirinya. Setiap hari dia tidak pernah putus berdoa agar perpisahan itu akan membawa kepada kebahagiaan yang hakiki. Inilah saat untuk dia  kejar kembali cita-citanya dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya untuk dirinya insafi kembali keterlanjuran  dahulu.  Terdetik di hatinya, Insyaallah dia akan setia menunggu saat itu, dan dia akan berusaha sedaya-upayanya untuk mengekalkan kesetiaannya, dan dia yakin dengan janji-janji-Nya. Biarlah rindu mereka bertemu dalam titian-titian doa yang tidak pernah putus. Andai jodoh tidak akan ke mana itulah kalimat yang membuatnya tersenyum. InsyaALLAH.
Untuk mu Mujahid setia:
A-   Akan ku pasakkan di dalam hati ALLAH sentiasa bersama,
N-  Nurani sentiasa berdoa,
A-   Agar kita dapat bersama suatu masa nanti, memperjuangkan Islam tercinta aku sebagai,
S-  Srikandimu  yang setia sehingga ke Syurga-Nya, InsyaALLAH.
P/s: "Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita,janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."


                                                                      




17 January, 2011

Sinar Hakiki...

Berlalunya sebuah episod kehidupan semalam
Kini mentari mula tersenyum menebarkan sinarnya
Sinar yang memberi seribu erti
Yang bakal mewarnai  dunia baru
usah kau fikirkan  lagi peristiwa semalam
Ibarat tersesat dalam kegelapan
dan berkali-kali kau tersungkur
kau hampir tewas, tewas dalam kegelapan yang kau cipta sendiri
kegelapan yang kau sangka sinar!
namun sinar itu membawa kau lebih jauh dari sinar hakiki
kala kau kesakitan, lemah, dan tidak berdaya
hadirnya sinar yang memberi harapan baru
sinar yang hakiki
kini kau mengerti apa itu sinar hakiki dan sinar yang palsu
Ya Rabb sinarilah hati-hati kami dengan cahaya keagungan-Mu
Hanya padamu kami meminta dan kepada-Mu jua  kami bersujud