29 November, 2010

Cantiknya Hidayah



Bismilahirahmanirahim..

Alhamdulillah masih lagi bisa menyedut udara dan diberi nikmat kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan di alam fana ini..(ayat yang penuh makna hehe..^.^

Tersangatlah bertuah sesiapa yang boleh memiliki "HIDAYAH" memang menjadi rebutan ramai, termasuklah ana..opsss!! jangan pk bukan2 ok.^.^ disebabkan istimewanya "Dia"dengan persetujuan  cik Hati dan jirannya incik jari-jemari maka dengan sukerelanya miss Lappy
membenarkan kami meminjam ruang untuk bercerita kisah, Ok2.. sebelum sesapa yang nama Hidayah 2 kembang kempis perutnya.. lebih baik ana terangkan siapa itu "HIDAYAH" yang akan citer ni, adakah seorang yang bergelar Cik, Datin, Puan seri or sapew2? suspen2 hehe...

"HIDAYAH" maksudnya adalah, melalui petunjuk manusia dapat mengetahui dan melaksanakan perintah ALLAH. Dengan "HIDAYAH"  kita sebagai hamba-Nya boleh mengetahui perkara-perkara yang dilarang dan meninggalkannya.

jelas x sahabat2 sekalian? so.. cik, puan, Hidayah.. turunkan volume kembang kempis tuh hehe..
Didalam Al-Quran, terdapat kira-kira 326upun bimbingan  perkataan HIDAYAH..

Menurut M.Quraish Shihab, hidayah adalah panduan ataupun bimbingan Tuhan kepada setiap makhluk-Nya supaya mereka mampu memenuhi keperluan hidup masing-masing.

kita perlu memahami hidayah adalah hak mutlak ALLAH. tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayah kepada orang lain, walaupun nabi dan rasul. 

ALLAH berfirman:
"Siapa yang berjihad, jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri, ALLAH maha kaya dan tidak memerlukan apa pun dari alam semesta"
(surah al-ankabut,ayat 6)

sahabat-sahabat, kita harus ingat usaha dakwah yang kita lakukan, adalah untuk mengigatkan mereka, bukan bermaksud memberikan hidayah kepada mereka. sekiranya Nabi Muhammad S.A.W sendiri tidak mampu untuk memberi hidayah kepada umat manusia,sedangkan ALLAH mengasihinya. apatah lagi kita hamba-Nya yang kerdil lagi hina ini.. (Ya ALLAH ampuni dosa-dosa kami)

Apa yang bley ana simpulkan kat sini(simpul mati..ngeh2) orang-orang yang memperolehi hidayah iman, tergolong sebagai hamba-hamba yang mendapat kurniaan besar daripada ALLAH.


Nak kungsi sedikit kisah orang-orang yang mendapat hidayah ALLAH, ana tertarik ngan kisah "Simeon".. seorang pengikut agama Majusi yang setia. Orang majusi menyembah api dan percaya,api adalah unSur yang kuat di muka bumi..

to be continue next Entry... hehe^.^



3 comments:

  1. alahai..dh semangat dah tadi baca...hehe..takpe2...tunggu next entry...ehe ^_^

    ReplyDelete
  2. hek org slalu ckp.aku xdpt hidayah lg la..
    hidayah perlu dicari bukan untuk dinanti .betul ke?kalau slh btlkan eh? ;)slam ukhwah

    ReplyDelete