07 February, 2011

Coretan 7/2/2011




Pertama & selamanya bersyukur sangat-sangat coz masih lagi diberi kesempatan oleh-Nya untuk meneruskan kehidupan. Alhamdulillah setelah seminggu bercuti kini, cabaran sebagai mahasiswa/wi diteruskan lagi.Sebenarnya tiada istilah rehat dalam perjuangan ini. Amanah yang diberi perlu disiapkan tepat pada masanya. Kini hari-hari yang di lalui adalah menyiapkan amanah yang masih lagi bertimbun-timbun....
(sabar2..)

Apa yang istimewanya hari ini? sehingga ana nak coretkan hua3. Setiap hari adalah istimewa sebenarnya xgitu? hehe. Sebenarnya hari ini ialah hari Isnin! So? memang hari Isnin.. pe yang pelik xde pape larh... ^.^  pening-pening... hahaha... Ok alang-alang da taip meh nak share sekupang dua cerita hari ini.

31 January, 2011

Ku Korbankan Cintaku Kerana-Mu



Sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Begitu juga dengan Ayyuni. Perkenalannya dengan Anas hampir 4 tahun. Sepanjang perhubungan itu pelbagai ujian mereka tempuhi,pahit manis semuanya telah mereka lalui. Bagi Ayyuni, Anas adalah seorang lelaki yang baik, tidak cepat melatah dengan kerenahnya. Sentiasa sabar dan memberi teguran yang berhemah. Mungkin kerana latar pendidikannya yang bersekolah agama. Hubungan mereka baik dan lancar, sehingga mereka menjejakkan kaki ke menara gading. Namun apa yang diharapkan tidak seindah impian. Semuanya hilang dalam kepekatan malam setahun yang lalu. Masih segar dalam ingatan Ayyuni pada malam itu, hatinya berbunga riang dan banyak perkara yang bermain di mindanya.
Dia sedar detik 12 malam semakin hampir. Baginya saat itu sangat bermakna kerana hari lahir insan yang amat disayanginya. Sebelumnya dia telah mengaturkan strategi yang dia rasakan cukup baik.  Pada jam 10.30 malam dia telah menghantar mesej kepada  Anas, memaklumkan dia kepenatan dan sakit kepala, serta tidak lupa memberitahu Anas dia akan tidur awal . Anas menyambut baik dan menasihatkan agar rehat secukupnya. Dalam mindanya, yakin bahawa Anas mengatakan dia lupa hari lahirnya. Namun sebaliknya, di hati Ayyuni tidak pernah sekalipun dia melupakan tarikh itu, malah sentiasa berfikir bagaimana untuk membuatkan kekasih hatinya itu bahagia. Ayyuni tidak tidur malah mengira-ngira detik 12 dan telefonnya setia di sisi, dan dalam masa yang sama Ayyuni menyiapkan tugasan yang masih berbaki.
Hatinya berdebar-debar, dan sesekali mengerling ke arah jam, terasa waktu begitu perlahan, dia mula memikirkan apa yang harus diungkapkan. Kegelisahannya mengundang tanda tanya kepada teman sebiliknya, Ita. “ Ayu kenapa dengan awak ni, macam cacing kepanasan jer, dari tadi asyik mengerling ke arah jam?” Namun dia hanya tersenyum. Tepat jam 12, di keluar ke beranda, takut-takut roomatenya akan mendengar perbualanya. Lantas jarinya mendail no yang disimpan kemas dalam mindanya.
Assalamualaikum, abang watpe tu?”
“Wslm, xde watpe.. eh tadi Ayu kate nak tido”.
“Ermm.. xdelah Ayu saje jer.. (sambil tergelak kecil)
Selamat hari lahir abang”.
“Terima kasih”, kedengaran begitu ringkas kata-kata yang keluar dari mulut Anas.
“Maaf abang, tadi Ayu saje jer, nak wat suprise..konon-konon ayu xingat hari lahir abang”.
“Hmm xper, xkisah pun”.
Tersentap hati ayu, mendengar kata-kata Anas, lain benar intonasi suaranya. Begitu serius tidak seperti biasa, hatinya sayu.
Abang xpelah kalau abang sibuk, Ayu xnak ganggu”.
“Ok.. assalamualaikum”.
Ketika itu, luluh hatinya.. apa yang dia harapkan lain yang jadi, sebelum ini jika hari lahir salah seorang dari mereka, tak akan kurang 30 minit mereka akan berborak, namun kali ini amat berbeza sekali.. pelbagai persolan yang bermain diminda Ayu. Perasaan sebak mula memamah  hati, tidak ada apa yang hendak dikatakan. Cuma air mata yang menjadi teman. Dia cuba untuk menahan rasa sedih itu dan cuba untuk tidak menitiskan manik-manik jernih di hadapan sahabatnya Ita.
Dia terus merebahkan tubuh di tilam empuknya, gelagatnya itu menimbulkan rasa pelik kepada sahabatnya. “Kenapa ni?” “Tadi gembira je, sekarang nampak monyok ..nak tidur dah ker?” Pertanyaan itu dibalas dengan senyuman. Tiba-tiba telefonnya berbunyi, bip..bip mesej daripada Anas. Dan dengan berat  hati dia membaca mesej tersebut. “ Salam, Maafkan abang, abang tahu Ayu akan sedih dengan keputusan abang ni, tapi abang rasa inilah jalan yang terbaik untuk kita. Abang dah fikir sedalamnya, Ayu dah sampai masanya kita keluar dari kelalaian yang kita cipta sendiri, sebelum kita pergi lebih jauh Abang rasa, cukuplah setakat ini hubungan kita. Tapi abang nak Ayu tahu abang tak pernah sekalipun membenci Ayu. Abang sedar selama ini abang yang salah kerana telah membawa Ayu ke arah jalan yang salah dan tidak sepatutnya sebagai bakal pemimpin melakukan hal itu. Maafkan abang.. jaga diri baik-baik”.
Ya ALLAH.. manik-manik jernih mula membasahi pipinya, namun dia cuba untuk mengawal agar esakannya tidak didengari oleh sahabatnya. Dia sememangya telah mengagak perkara itu pasti berlaku, namun waktu itu dirinya tidak besedia untuk menerima kejutan yang bisa merobek hatinya, kenapa hari ini? tidak hari lain, pelbagai persolan yang muncul di hatinya. Seolah-olah Anas telah lama bersedia untuk saat ini. Tidak ada persaankah Anas? Dalam sekelip mata berubah. Sampai hati membiarkan hati kecil ini tersiksa. Apa yang Ayu mampu lalukan ialah cuba melelapkan mata, namun tidak bisa menipu dirinya. Lantas, dia ke bilik air dan mengambil wudhuk, cuba untuk mencari ketenangan dengan membaca ayat suci al-Quran.
Sampai hati Anas, melukakan hatinya di kala peperiksaan akhir akan menjelang. Dia cuba menguatkan hatinya. Dia  berazam akan menjalani hidup seperti biasa biarpun hatinya dilanda taufan. Pagi itu dia ke kuliah dengan jiwa yang berkecamuk,  setelah kuliah selesai dia tidak pulang seperti biasa, dia ke perpustakaan.  Di sana dia cuba mencari ketenangan namun, hatinya rapuh menitis lagi air matanya. Saat bersendirian kenangan-kenangan lama mula menari-nari di mindanya dan saat itulah hatinya bagai disiat-siat.
Kenapa, kenapa? Dan kenapa? Persoalan itu bermain di fikirannya. Mungkin dia sudah ada yang lain? Bip..bip.. dia dikejutkan dengan  nada mesej telefon bimbitnya. Tertera nama Anas, “Salam, Ayu, ingatlah kita berpisah bukan kerana benci, bukan kerana dendam, bukan juga kerana orang lain tapi kerana ALLAH. Sama-sama kita berdoa dan yakin dengan janji-Nya. Andai ada jodoh, insyaallah Dia akan temukan kita dalam keadaan yang lebih baik dari sekarang. Jaga diri baik-baik.”
Ayu mengesat air matanya, dan dia berazam untuk menerima segalanya dengan ikhlas dan hatinya berkata tidak perlu lagi bersedih, dia yakin ALLAH menyayanginya kerana telah memberinya peluang untuk menjauhi dosa-dosa yang bakal mengheretnya ke neraka. Saat itu dia teringat akan Firman ALLAH yang bermaksud: Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman. [Al-Imran :139]
Kini, dia sedar bahawa apa yang berlaku ada hikmahnya, hidup Ayyuni sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hatinya lagi. Hidupnya lebih suci dan tanpa dihantui rasa berdosa dia lebih yakin untuk menasihati sahabat-sahabat yang lain. Baginya inilah saat untuk dia muhasabah kembali dirinya. Setiap hari dia tidak pernah putus berdoa agar perpisahan itu akan membawa kepada kebahagiaan yang hakiki. Inilah saat untuk dia  kejar kembali cita-citanya dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya untuk dirinya insafi kembali keterlanjuran  dahulu.  Terdetik di hatinya, Insyaallah dia akan setia menunggu saat itu, dan dia akan berusaha sedaya-upayanya untuk mengekalkan kesetiaannya, dan dia yakin dengan janji-janji-Nya. Biarlah rindu mereka bertemu dalam titian-titian doa yang tidak pernah putus. Andai jodoh tidak akan ke mana itulah kalimat yang membuatnya tersenyum. InsyaALLAH.
Untuk mu Mujahid setia:
A-   Akan ku pasakkan di dalam hati ALLAH sentiasa bersama,
N-  Nurani sentiasa berdoa,
A-   Agar kita dapat bersama suatu masa nanti, memperjuangkan Islam tercinta aku sebagai,
S-  Srikandimu  yang setia sehingga ke Syurga-Nya, InsyaALLAH.
P/s: "Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita,janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."


                                                                      




17 January, 2011

Sinar Hakiki...

Berlalunya sebuah episod kehidupan semalam
Kini mentari mula tersenyum menebarkan sinarnya
Sinar yang memberi seribu erti
Yang bakal mewarnai  dunia baru
usah kau fikirkan  lagi peristiwa semalam
Ibarat tersesat dalam kegelapan
dan berkali-kali kau tersungkur
kau hampir tewas, tewas dalam kegelapan yang kau cipta sendiri
kegelapan yang kau sangka sinar!
namun sinar itu membawa kau lebih jauh dari sinar hakiki
kala kau kesakitan, lemah, dan tidak berdaya
hadirnya sinar yang memberi harapan baru
sinar yang hakiki
kini kau mengerti apa itu sinar hakiki dan sinar yang palsu
Ya Rabb sinarilah hati-hati kami dengan cahaya keagungan-Mu
Hanya padamu kami meminta dan kepada-Mu jua  kami bersujud

02 December, 2010

Di Mana Hatiku Ya Rabb



Ya Allah, kerdilnya hambaMu ini..
Seringkali alpa dan leka
Saat ku tersedar terasa tiada ertinya
Tatkla hati menjauh
Menjauh dari-MU
 Kalam kata  seorang sahabat menerjah di ingatan,
Katanya “Sahabatku carilah hatimu pada 3 tempat.
Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui,
Carilah hatimu tatkala mengerjakan solat. Jika kau tidak ketemui juga, carilah hatimu tatkla duduk
takafur mengingati mati. Jika kau masih tidak ketemui, berdolah kepada ALLAH, pintalah hati yang
baru kerana hakikatnyapada ketika itu kau tidak mempunyai hati.."!! [imam Al-Ghazali]
Ya ALLAH, adakah saat ini aku tidak mempunyai hati?
Aku hamba-MU yang tidak berdaya
Kepada-Mu yang Maha berkuasa lagi Maha pengasih
Aku pinta dengan segala dayaku
Berikanlah aku hati yang baru Ya ALLAH..
Agar bisa aku tetap tabah  melangkah  dan terus menyusuri jalan-Mu
Ya ALLAH
Hanya kepada-Mu aku bersujud..


30 November, 2010

Encik Simeon

Bismilahirahmanirahim..

Alhamdulillah.. masih lagi diberi kekuatan untuk terus menaip-naip keyboard Miss Lappy hehe ^.^.. ok arini ana nak cite pasal Incik Simeon yang tegendala itu hari.. lalala BAGAIMANA?  Ok sekali lagi BAGAIMANA dia boleh memeluk agama islam.Sedangkan sepanjang hidup dia, Incik Sameon nih xde kije lain selain menyembah api. Biapun semakin uzur dan terbaring lemah Incik Sameon tetap jugak nyembah api.


29 November, 2010

UkhuwahFillah

Bismilahirahmanirahim



Sekarang ana lam mud mengemas barang..(cuti sem akan bermula hehe
biarpun Exam masih lagi ade 3 paper.Wat2 cam da abeh eXam Jew xpatut2..anak sapa la kan2..^.^..hajat hati nak citer sal Incik Sameon, tapi hati kata (bla..bla.. 

Ngah ngemas2 barang tadi,teringat la akan sebuah kisah lama yang berlaku dalam 6 bulan yang lepas, wah nak ngimbas kisah lama lak, jum kita undur masa 6 bulan yang lepas...
bertarikh ****2010(kompius2..)tapi masih segar dalam ingatan ana(kunun2 la ingatan setajam  tuuuut he3..

Cantiknya Hidayah



Bismilahirahmanirahim..

Alhamdulillah masih lagi bisa menyedut udara dan diberi nikmat kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan di alam fana ini..(ayat yang penuh makna hehe..^.^

Tersangatlah bertuah sesiapa yang boleh memiliki "HIDAYAH" memang menjadi rebutan ramai, termasuklah ana..opsss!! jangan pk bukan2 ok.^.^ disebabkan istimewanya "Dia"dengan persetujuan  cik Hati dan jirannya incik jari-jemari maka dengan sukerelanya miss Lappy

28 November, 2010

( First Award) I Never Quite Being As Muslimah


 Bismillahirahmanirahim...

Award first.. from ukhti syurga islam... syukran2.. semoga ukhuwah yang terbina diredhai dan terus mekar.. InsyaALLAH....^.^.. 

                                                                 :Rules to get diz award::

:: 1~ say Alhamdulillah.. ::
~ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH.. ^.^

::2~ copy paste diz picture then write the tittle " i never quite being as muslimah" ::
*Da copy hehe
:: 3~ lafazkan rasa cinta pada sahabat antunna kerana Allah ::
~ Sayang Kalian Semua Kerana ALLAH>.. UKHUWAH FILLAH..

:: 4~ tagged kan pada sahabat blogger tersayang ::
P/s:  Semoga Hijab Menjadi Pakaianmu,

       Semoga Kesucian Menjadi Amalanmu,

       Semoga Kesopanan Menjadi Perhiasanmu,

       Semoga Syurga Menjadi Tempatmu...  ^.^

27 November, 2010

Cerpen Sebuah Kehidupan..



Jalan di situ berlopak-lopak besar, terhinjut-hinjut toyota ini dilambung graviti. Ery duduk di sebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio Perak, sekejap Kedah mengikut lambungan kereta lagaknya. Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Kuih Yang Mana?


Bismilahirahmanirahim..




Alhamdulillah.. hari ini ana mampu menarik nafas lega. Sekarang ana lam mud (pra kemerdakaan) hehe.. telah selesai 3 paper dalam masa 2 hari.. dan masih berbaki 3 paper.. wish me luck all..lalala
 Ok2 hari ni ana bukan nak cite pasal eXam.. tapi ana nak CERITA pasai sebuah KISAH BENAR yang baru berlaku pada abad ke 21 nih.. baru je peristiwa ni berlaku. Sebuah kisah yang mendedahkan sebuah realiti kehidupan pada masa kini..(eceh melalut plap... hehe

K continue story, kisahnya bermula apabila seorang sahabat baik ana, yang sememangnya baik telah bercerita kepada sahabat karibnya iaitu ana (kdt utk ana hehehe..

25 November, 2010

10 JeNis Orang ISLAM Yang Kejam...

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:
1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak
membaca seratus ayat.

24 November, 2010

Kisah Tukang Kayu



Pada satu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan. Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya. Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan juga memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Justeru itu, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.

04 November, 2010

10 soAlan SeBelum BerTuNang


alt
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.
Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa', bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

01 November, 2010

SaBarLah WaHai SaHaBaTkU..



Bismillahirahmanirahim
Sabarlah duhai sahabatku..Setiap ujian pasti ada hikmahnya.. ujian itu tarbiah dari-Nya , semakin dekat bahtera kita kepada-Nya, semakin hebat taufan yang melanda..

Salam, anti.. ana xciden semalam..patah tangan kiri.. Ya ALLAH.. hanya engkau yang maha mengetahui apa yang ana rasa saat itu.. ana kuatkan hati dan banyakkan istighfar bila membaca Sms yang dihantar oleh sahabat ana.. tanpa disedari air mata menitis...


27 October, 2010

SeLaMat HaRi LaHir SaHaBaTkU




* Dikesempatan ini ana nak ucapakan selamat Hari Lahir untuk sahabatku yang tersayang cik Idah :)...

Rahsia Sujud Di Dalam Solat



Pernahkah kita terfikir setelah saban usia kita mendirikan solat berserta syarat rukunnya, apakah rukun solat yang paling disukai oleh Allah SWT. Dengan menyelami, memahami, menjiwai serta menghayati setiap detik ibadah atau solat yang dikerjakan barulah kita akan mendapat kemanisan dan faedah darinya. Barulah ibadah kita itu dapat mendinding dan mencegah diri kita dari dosa dan noda. Firman Allah SWT yang bermaksud:-
" Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" (Surah Al-Ankabut ayat:45)

25 October, 2010

4 Macam Manusia


Bismillahirahmanirahim

Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagi kepada empat macam, iaitu :

1. Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.

2. Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.

3. Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.

4. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.

*P/S: Renungkan... kita berada di golongan mana???


24 October, 2010

Air Mata Taubat Nabi Adam a.s


Bismillahirahmanirahim..

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun.
Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah s.w.t. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun.

Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.
Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

10 JeNis SOLAT yAng TIDAK diterima Oleh ALLAH S.W.T

Bismillahirahmanirahim...

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah

S. W. T, antaranya :


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah."

Hassan r. a berkata : sepe"Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."