11 October, 2010

Apa jawapannya??

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Alhamdulillah masih lagi ana diberi nikmat sihat untuk menjengah blog ana yang sekian lamanya ditinggalkan, bukan ana tidak mahu untuk "mengupdate". Namun ada sebabnya.. nak tahu? biarlah rahsia..hehe

Lame tak lame ana tinggalkan blog ni, hampir terlupe pasword.. huhu
tadi terkial-kial nak adjust susun aturnya.. aduish!! Dasyat-dasyat hehehe
Pejam celik, pejam celik da sampai akhir sem.. jap lagi nak final.. bersediakah ana?
hanya tuan badan yang ada jawapannya. huhu

Sebagai perkongsian pertama, setelah lama ana tinggalkan blog ana ni, ana nak berkongsikan sesuatu yang sangat best dan bermanfaat.. insyaAllah..

Ana merasakan ada yang kurang dalam diri ini, terasa kosong dan mencari-cari. Mencari sesuatu yang pasti... dengan izin ALLAH.. pada suatu malam handset ana berbunyi dan ada satu mesej yang lebih kurang begini " Salam, adik bz tak malam ni? akak nak jumpa kejap" dalam pukul 11 yer.." InsyaALLAH kak, lalu menekan butang send! selepas balik dari kelas ana bergegas ke surau seperti yang dijanjikan, ana ingatkan ana seorang rupanya, sahabat-sahabat lain pun ada.
ingat nak dating ngan ana je tadi hehe..

Maka bermulalah kisah, Kak Suraya yang menjemput ana tadi, memberi sedikit makluman kenapa, ana dan sahabat-sahabat dijemput , Lalu fahamlah ana kenapa.. kenapa?
jawabnya, kerana suruhan-Nya. Sebagaimana firman ALLAH dalam al-quran:

"Demi masa sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. [al-Ashr:1-3]


Ya ALLAH, hampir menitis air mata ana! terasa kerdilnya diri ini, ALLAH maha mengetahui apa yang hamba-Nya inginkan dan begitulah apa yang ana rasa.. ana hamba yang lemah dan perlukan bimbingan dan dorongan dengan adanya sahabat-sahabat yang saling ingat mengigatkan, insyaALLAH, sebarang dan cabaran akan ditempuhi dengan sabar dan yakin.

Banyak perkara yang kami kongsikan pada malam itu, aku bersyukur Ya ALLAH! dan apa yang paling menarik, persolan yang dikemukakan oleh kak Sue. ."Apa sumbangan kita kepada ISLAM?" wah tersentap jiwa!

Kami merenung dan jawapannya ada dalam diri masing-masing...ya.. apakah sumbangan kita kepada AGAMA kita? iaitu ISLAM?
Tepuk dada, tanyalah iman..

Pertanyaan kak Sue membuat ana bermuhasabah sendiri! kerdil dan hinanya ana sebagai hamba-Nya... Ampuni aku Ya ALLAH!!











No comments:

Post a Comment