19 October, 2010

Cantik+ lawa+ come di sisi-Nya

Bismillahirahmanirahim...

Tepat jam 7.30 kaki ana mula mengatur langkah, semangat untuk menghadiri kuliah Dr Ramlah
KPS3014..seperti biasa barisan panjang harus ana tempuhi, kaki terus sabar melangkah.. alhamdulillah hari ini, tiada masalah dengan pengangkutan.

Tibanya di bumi Murabbi, langkah kaki semakin laju diatur, memandangkan sinar suria mula tersenyum indah..subhanallah!! (lewat) hehe.. kaki terus melangkah, tiba-tiba ana terdengar perbualan dua orang sahabat. Bukan niat ana busy body atau mencuri dengar perbualan mereka, namun.. suara mereka yang agak kuat ketika berbicara membolehkan ana mendengarnya, namun apa yang ana ingin sampaikan di sini ialah..suatu yang membolehkan kita bersama-sama muhasabah kembali diri kita yang lemah dan serba kekurangan ini..insyaALLAH!

A: Eh Siti ( bukan nama sebenar) asal nampak lain je hari ni? semalam masa jumpe Ayie(bukan nama sebenar) cantik, kemas berseri-seri lagi...

B: Kenapa? aku ok tak? selekeh eq?


A: Hmm.. nampak selekeh sket.. tudung ko cam tak iron jew...


Begitulah lebih kurang dialog mereka... dalam masa yang sama ana terfikir sesuatu..hmm
berhias kerana ingin nampak cantik di hadapan seseorang? terutama lelaki.. . Kita berhias bagai semata-mata ingin kelihatan cantik di hadapan orang ramai dan sanggup berjam-jam menghabiskan masa di depan cermin.. namun terfikirkah kita... tiap kali kita ingin bertemu dengan-Nya.. adakah kita menghiaskan diri? berwangi-wangian? teringat ana akan seorang sahabat.. yang membuatkan ana kagum dengannya..

ana: Eh buat apa 2.. dah pakai kain sembahyang pun.. duk tilik jerawat lagi..

sahabat ana: ish! xbaek fitnah taw..

ana: dah 2?

sahabat ana: hmmm (tersenyum) kita,, lau nak kuar g mane2.. rela duk depan cermin berjam-jam pun xpe.. pe salahnya kita amek masa 2 minit, untuk merapikan diri sebelum bertemu-Nya? sambil menyapu sedikit bedak ke mukanya..

ana: ana terdiam.. ada betulnya apa yang sahabat ana katakan... subhanallah..

Dapat x, apa yang ana ingin sampaikan?
tidak perlulah kita berhias bagai untuk kelihatan cantik di hadapan orang lain.. sedangkan di mata Allah.. KITA paling hina sekali..
biarlah kita buruk di mata sesama hamba-Nya.. namun Mulia di pandangan-Nya..

Sama-samalah kita membetulkan kembali niat di dalam hati.. melakukan sesuatu ikhlas kerana-Nya.. insyaALLAH...



No comments:

Post a Comment