27 November, 2010

Kuih Yang Mana?


Bismilahirahmanirahim..




Alhamdulillah.. hari ini ana mampu menarik nafas lega. Sekarang ana lam mud (pra kemerdakaan) hehe.. telah selesai 3 paper dalam masa 2 hari.. dan masih berbaki 3 paper.. wish me luck all..lalala
 Ok2 hari ni ana bukan nak cite pasal eXam.. tapi ana nak CERITA pasai sebuah KISAH BENAR yang baru berlaku pada abad ke 21 nih.. baru je peristiwa ni berlaku. Sebuah kisah yang mendedahkan sebuah realiti kehidupan pada masa kini..(eceh melalut plap... hehe

K continue story, kisahnya bermula apabila seorang sahabat baik ana, yang sememangnya baik telah bercerita kepada sahabat karibnya iaitu ana (kdt utk ana hehehe..



Ada seorang muslimin, telah memberanikan diri menyuarakan isi hatinya kepada cik sahabat..
dengan menghantar SMS.. yang cukup ringkas dan padat..

Muslimin :-"Salam,  ana nak terus terang sumting nih, sebenarnya hati ana terbuka untuk mendekati anti, ana kagum dengan cara anti menjaga diri anti "

Ana bertanyakan cik sahabat untuk mendapat kepastian,apa yang dia kagum?
Cik Sahabat pom cite lar.. sebenarnya semasa pergi raya ari tuh, Cik Sahabat telah berjumpe dengan muslimin ni.. di rumah salah seorang sahabat kami..KATANYA:-  dia suka cara Cik sahabat berpakaian, katanya  nampak ciri-ciri  muslimah DAN  menutup aurat..

hmmm.. apa yang ana nak kongsikan di sini ialah, dapat kita tengok kan penampilan kita, sering di perhatikan, khusus untuk kaum hawa, jagalah penampilan kita sebaik mungkin, kerana penampilan kita saling berkaitan dengan aurat.  Jangan di ambil remah wahai sahabat2.. menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai tudung di kepala!.fahamilah wahai sahabat-sahabat..!!! cube faham betul2.. ciri-ciri pemakaian seorang wanita :



  1. Pakaian itu mesti-lah menutup aurat, sebagaimana yang di-kehendaki syrari'at Islam
  2. Tudung kepala, hendak-lah di-labuhkan sehingga ke-paras bawah dada.
  3. Bersarung kaki / berstokin  untuk menutup aurat bahagian kaki.
  4. Pakaian tidak terlalu nipis, ketat dan sempit.
  5. Warna pakaian suram atau gelap seperti kelabu, hitam, biru tua, hijau tua. Tidak boleh berwarna-warni, berbunga-bunga menarik dan tabarruj.
  6. Pakaian tidak di-kenakan wangi-wangian , kecuali ketika bersama suami di-rumah.
  7. Tidak berhias-hias, bermake-up, bergincu bibir ketika keluar rumah, kecuali bersama suami di rumah. Juga tidak bergelang-jurai emas, ketika keluar rumah semacam hendak menunjuk-nunjuk. 
  8. Pakaian tidak menyerupai kaum lelaki ataupun wanita kafir / musyrik.
  9. Jika keluar berjalan janganlah memakai kasut bertumit, sehingga berberbunyi keletok-keletok yang boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.


Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan “Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup.” Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal..

Baru-baru ni ana da terbaca pasal seorang wanita ISLAM.. yang sanggup membuka tudung kerana tidak mahu mengecewakan anak-anak..kerana anak-anak mahu melihat ibu dan ayahnya bergandingan dalam sebuah rancangan realiti..M******

kata-katanya yang menghiris jantung limpa ana.." bukan semua perempuan yang bertudung baik, dan solat lima waktu"!! Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik… Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat...

Sahabat-sahabat dan juga peringatan untuk diriku..

Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.
Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.










1 comment:

  1. Wanita yg baik adalah wanita yg baik agamanya... sebaik2 wanita adalah wanita yg cinta kepada Allah dan Rasul, Taat kpd org tuanya,suaminya bg yg berkahwin, berbuat baik kpd semua makhluk dan menyayangi org2 di sekelilingnya, sabar dan bertolak ansur... lagi baik penampilannya ...

    ReplyDelete