01 November, 2010

SaBarLah WaHai SaHaBaTkU..



Bismillahirahmanirahim
Sabarlah duhai sahabatku..Setiap ujian pasti ada hikmahnya.. ujian itu tarbiah dari-Nya , semakin dekat bahtera kita kepada-Nya, semakin hebat taufan yang melanda..

Salam, anti.. ana xciden semalam..patah tangan kiri.. Ya ALLAH.. hanya engkau yang maha mengetahui apa yang ana rasa saat itu.. ana kuatkan hati dan banyakkan istighfar bila membaca Sms yang dihantar oleh sahabat ana.. tanpa disedari air mata menitis...





Ya ALLAH.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. hati ana sekali lagi terpukul apabila sahabat ana memaklumkan mungkin pengajiannya akan ditangguhkan.. sungguh hebat ujian dari-Nya.. untukmu sahabatku.. namun ketahuilah sahabatku.. sesungguhnya bila kita diuji itu menandakan DIA menyayangi kita..sungguh!

Dan Dia tidak akan menguji seseorang hamba-Nya di luar kemampuan.. percayalah wahai sahabatku..jangan kita persoalkan mengapa terlalu berat ujian ini sedangkan jawapannya sudah tersedia “ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,” (AL-BAQARAH 286)..

Tatkala persoalan bermain diminda mengapa semua ini terjadi kepadaku? Nah ini jawapannya
“Boleh jadi kamu membenci sesutu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (AL-BAQARAH :216)

Janganlah engkau bersedih dan merasakan kehidupan ini sudah tida maknanya lagi.. kerana ALLAH telah berfirman “janglah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman,” (AL-Imraan: 139)

Tabahkan hatimu sahabatku.. dan hadapilah dengan sabar dan berdoalah kepada-Nya dengan sabar.. kera DIA maha mendengar dan sentiasa merindui rayuan dan rintihan hamba-hamba-Nya...

Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu matlah berat kecuali orang-orang yang khuSyuk.’(AL-BAQARAH :45)

Jangan berhenti berharap sahabatku kerana tidak ada Tuhan Selain dari-Nya.. hanya kepadanya kita bertawakkal..

Sahabatku.. bila kita diuji kita boleh menilai tahap keimanan kita.. “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan : “kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesunggujnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang yang dusta?”( AL-ANKABUT:2-3)

Sahabatku.. renungi dan redahailah terhadap ketentuan ALLAH S.W.T pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setipa ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.. semoga cepat sembuh sahabatku..insyaALLAH..

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. murni...saba2..ckp kat sahabat tu..bykan bersabar...
    'barangsesiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh'

    :O)

    ReplyDelete
  3. tQ cik yana...
    semoga sahabat cepat sembuh :)

    ReplyDelete