30 November, 2010

Encik Simeon

Bismilahirahmanirahim..

Alhamdulillah.. masih lagi diberi kekuatan untuk terus menaip-naip keyboard Miss Lappy hehe ^.^.. ok arini ana nak cite pasal Incik Simeon yang tegendala itu hari.. lalala BAGAIMANA?  Ok sekali lagi BAGAIMANA dia boleh memeluk agama islam.Sedangkan sepanjang hidup dia, Incik Sameon nih xde kije lain selain menyembah api. Biapun semakin uzur dan terbaring lemah Incik Sameon tetap jugak nyembah api.




Okeys setelah disiasat2.. meh kita tengok serba sedikit biodata Incik Simeon nih :

Nama         : Simeon
umur         : 70 Tahun
Agama lama   : Majusi
Agama baru   : ISLAM

Siang, malam, pagi petang xde la kije lain Incik Sameon nih kecuali menyembah tuhannya (api).. siap letak beberapa nyalaan api lagi kat tempat dia baring, bagi memudahkan dia terus menyembah tuhannya itu. Dia xkesah biapun muka dia dah naik itam-itam akibat terkena asap..(setia punya pasal).

Tersangatlah beruntung Incik Sameon nih, kerana mempunyai seorang jiran yang sangat baik hati iaitu Hassan Al-Basri. bercerita pasai Hasan AL-Basri ni pulak, Beliau seorang tokoh Sufi daripada generasi pertama yang berpengetahuan tinggi dan sangat terkenal dengan kesolehannya itu. Beliau mempunyai ramai anak murid dari pelbagai daerah.

Hasan AL-Basri baik orang nya, dia suke ambil tahu pasai jiran-jiran tetangganya termasuklah Incik Sameon nih, biapun berlainan agama beliau tanpa keberatan hati sentiasa menjenguk Incik Sameon. (suke jenguk kengkawan sakit) hehe..lagi pula menziarahi orang sakit digalakkan dalam islam. keperihatinan sesama manusia adalah tersangat penting dalam Islam, kerana identik dengan rahmat ALLAH. Maksudnya di sini puan-puan dan tuan-tuan sekalian mengambil berat pada penderitaan orang lain,sebanyak itu juga ALLAH memberikan rahmat kepadanya. Sebaliknya apabila orang Islam tidak menunjukkan rasa belas kasihan kepada orang lain, ALLAH tidak memberikan rahmat kepadanya. (Subhanallah!!

Okies.. nak dijadikan cerita, one day, Hasan Al-Basri mengajak la beberapa anak muridnya pi menjenguk jirannya itu. "moh kita pi tengok jiran kita yang sakit tu" ..maka dipersetujui oleh murid2 nya.. "ok.. orait bos"! sampai2  je umah Sameon.. uhuhuhu.. tersentuh perasaan Hasan AL-Basri nengok kadaan Sameon yang da uzur tu, tapi tetap duk sembah api, bilik xyah habaq la.. da la kotor dan tak terurus, bahkan wajahnyanya juga kotor kehitam-hitaman akibat duk kena asap..(xsuke asap) uhuk2..

Lalu.. Hasan Al-Basri pun mendekati Simeon dan berkata kepadanya, "Wahai Simeon, aku tidak pernah berbuat seperti itu, iaitu memuja api. Hang taw dak.. lau kita terseret ke neraka api itu lah yang akan duk bakaq kita. Tapi hang xsah dok risau dengan izin ALLAH, api xkan berani bakaq sehelai rambut pun pada tubuhku. Api itu adalah ciptaan ALLAH. Segala ciptaan-Nya tunduk pada perintah-Nya.Walaupun hang duk sembah api selama 70 tahun, mari kita sama-sama masukkan tangan kita ini kedalam apai, supaya hang dapat tengok sendiri, betapa api itu tak berdaya dan ALLAH maha berkuasa."

aish!! dengaq je kata-kata Hasan AL-Basri tu, Simeon jadi terpinga-pinga dan berfikir, adakah dia sanggup melakukan tindakan bodoh itu? Sejurus itu Simeon pum terfikir, selama ini dia setia pada api, Tetapi, beranikah dia memasukkan tangannya kedalam api? "aiii.. kang abeh melecur tangan aku neh" hmmm dok kot". nak dijadikan citer, biarpun dah 70 tahun dia duk sembah api, ternyata dia tidak berdaya menyahut cabaran Hasan AL-Basri.
Dia takut api tersebut akan mencederkan dirinya. "xnak la ceq.. kang xpasai-pasai tebakaq tangan ceq".. Hasan AL-Basri pun memasukkan tangannya ke dalam api. apa lagi terbeliak mata Simeon dan tidak menyangka jirannya itu berani bertindak secara luar biasa.

Selang beberapa minit kemudian, Hasan AL-Basri pun mengeluarkan tangannya. Ternyata sikit pun kulit beliau tidak terbakar. Simeon terpinga-pinga (ye ke nih..cam xcaye jer). Simeon pun mengangguk-agukkan kepalanya, mengakui kehebatan Hasan AL-Basri. Tengok Cara Hasan Al-Basri berdakwah, Subhanallah bukan sekadar omongan kosong tetapi disertai dengan tindakan yang nyata. Itu adalah ekspresi kekutan Hasan al-Basri, yang meyakini api adalah hanya ciptaan ALLAH dan dengan izin ALLAH juga, api itu tidak membakar tangannya. Perasan tak puan-puan dan tuan-tuan.. peristiwa ini mirip kepada peristiwa pembakaran Nabi Ibrahim yang dijalankan atas arahan Raja Namrud.

Selepas peristiwa itu.. jeng..jeng.. Simeon mula sedar, kedatangan Hasan AL-Bana kerumahnya adalah keran mahu mengajaknya masuk Islam. Simeon masih ragu-ragu sebenarnya dan berkata, "Ada 3 hal yang wat aku xnak menjadi orang Islam. Pertama, kamu mengatakan kamu mebenci dunia tetapi siang malam kamu mengejar harta kekayaan.Kedua, kamu mengatakan mati itu dalah kenyataan yang perlu dihadapi. Namun kamu tidak bersiap sedia menghadapinya. Ketiga,kamu mengatakan ALLAH melihat segala perbuatanmu.Namun, kamu tetap melakukan segala perkara yang tidak diredhai-Nya."

Terpegun Hasan Al-Basri dan murid-muridnya mendengar kata-kata Simeon. Maka mereka terdiam seketika dan merenung kata-kata Simeon. Kerana apa yang diungkapkan adalah benar.Bukankah kebanyakan kaum Muslimin di dunia ini sama seperti apa yang Simeon katakan? (yap..!!)

Tidak lama selepas itu, Hasan Al-Basri pum bersuara, "itu adalah ucapan yang keluar daripada mulut manusia yang benar-benar mengetahui. Sekiranya semua orang Islam melakukan seperti apa yang engkau katakan, apa pula yang mahu engkau katakan? Mereka mengakui keesaan ALLAH. Sedangkan engkau tetap menyembah api selama 70 tahun".

Hasan Al-Basri tidak sama sekali menyangkal pandangan Simeon. tetapi, bagaimana pula mereka yang patuh dan tunduk kepada ALLAH serta mengakui keesaan ALLAH, sedangkan Simeon hanya menyembah api.

Lagipun, Simeon sendiri tidak berani memastikan kesetiaan api kepada dirinya.Hal ini jelas, keran Simeon tidak berani memsaukkan tangannya kedalam tungku api yanh panas. Hanya ALLAH yang mengetahui tulus ikhlasnya hati Simeon. Oleh sebab itu, ALLAH, menyelamatkannya pada saat akhir kehidupan dengan menurunkan hidayah kepadanya.Akhirnya, hidayah ALLAH menusuk ke dalam hati Simeon.

Atas bimbingan Hasan Al-Basri, dia mengucapkan Syahadat,"asy-hadu alla ilaha illallah, wa asy-hadu anna Muhammadar Rasullullah." Simeon mendapat hidayah pada saat yang tepat, iaitu semasa hampir menemui ajalnya. Sumeon yakin dengan  syahadat yang diucapkannya. Sebaliknya Hasan Al-Basri kurang yakin atas apa yang dia lakukan kepada Simeon. 

Oleh sebab itu, Hasan Al-Basri menulis 'surat jaminan' yang menyatakan Simeon Bersyahadat di hadapanya. Melalui surat itu, baru hati Hasan Al-Basri berasa lega keran surat itu menjadi saksi keimanan Simeon.

Tidak Lama kemudian, nafas Simeon tersekat-sekat, menandakan ajalnya semakin hampir. Sebelum Simeon mati dia berwasiat kepada Hasan Al-Basri agar mandikan dia dengan tangan Hasan AL-Basri sendiri, kuburkan dia dan letakkan surat jaminan itu di tangannya.'Surat jaminan' itu boleh menjadi bukti dia, adalah seorang muslim.

Setelah selesai menyembahyangkan dan menguburkan  jenazah Simeon, pada malam hari iru, Hasan Al-Basri merenungi peristiwa itu dan mengenangkan nasib Simeon di alam kubur. selepas lama merenungi peristiwa itu, Hasan Al-Basri pun tertidur. Dalam tidurnya, beliau bermimpi bertemu dengan Simeon. subhanallah! wajah Simeon berseri-seri dan bercahaya seperti cahaya pelita. Dan dia atas kepalanya ada mahkota, Simeon kelihatan gagah dengan mengenakan jubah yang indah sambil berjalan-jalan di taman syurga.

Hasan Al-Basri bertanya kepada Simeon, "Bagaimanakah keadaanmu Simeon?

Lalu Simeon menjawab, "mengapa hang duk tanya lagu tu.. sedangkan hang nampak ceq lagu mana". Allah yang  maha besar dengan segala kemurahan-Nya, mendekatkan diriku kepada-Nya dan memperlihatkan Wajah-Nya kat ceq. Kurnia yang dilimpahkan kepada ceq melebihi segala kata-kata. Hang yang bagi 'surat jaminan' kat ceq, sekarang ambilah semula, ceq tak guna dah.


Belum sempat Hasan Al-Basri mahu bertanya lagi, tiba-tiba beliau terbangun daripada tidur dan ditangannya tergenggam 'surat jaminan' yang diberikan oleh Simeon dalam mimpinya tadi.

Hasan Al-Basri termanggu, Ya ALLAH, aku sedar segala perkara yang Engkau lakukan adalah tanpa sebab, kecuali keran kemurahanMu semata-mata. Siapakah yang tersesat di pintuMu? Engkau mengizinkan orang yang yang menyembah api selama 70 tahun menghampiriMu semata-mata kerana ucapannya.Mungkinkah Engkau menolak orang yang beriman selama 70tahun?

Demikianlah Kisah Simeon, penganut Majusi ataupun penyembah api selam 70 tahun yang memperoleh Hidayah ALLAH menjelang ajalnya dan wafat dalam husnul Khatimah.

Berikan khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh kepada ALLAH, iaitu orang-orang yang gementar hati mereka apabila mendengar nama ALLAH, orang-orang yang sabar pada apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebahagian daripada apa yang Kami berikan kepada mereka [Surah al-Haj. ayat 34-35]


Sahabat-sahabat yang dikasihi, apakah kita benar-benar sudah beriman? Tepuk dada tanya diri ^.^ semoga kita menjadi hamba yang sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada-Nya.. kerana hidayah itu milik ALLAH.. sekian.. wallah'lam






5 comments:

  1. wawa..bagaimana agaknye dgn kita..tq Miss Ib..perkongsian yg sgt bermakna..^^<

    ReplyDelete
  2. tu la kuasa Tuhan.. bila Dia berkehendak untuk memberikan hidayah kepada hambanya.. walau 70 tahun hambanya yg jahil itu menyembah api.. tapi tak mustahil dengan satu peristiwa hambanya itu boleh nampak jalan lurus untuk menuju ke arah kebenaran...
    MasyaAllah...

    ReplyDelete
  3. nice sharing...
    tp mcm mn dia boleh cakap loghat Kodiang tu..?
    hehe.

    p/s:miss Ib,saya sebenarnya bukan cikgu.
    saya praktikal untuk course saya ambik di UniKL MFI. saya ambik kursus Mechatronics.
    InsyaAllah akan praktikal di kilang kat Pulau Pinang tu.
    wassalam.

    ReplyDelete
  4. owh,ALHAMDULILLAH...dpt jugak baca smbungan..ehee...suka lahh cerita mcm ni yg tuka2 skrip pastu guna loghat..tak ngantok baca..ehee...
    moga amal kita diterima disisiNya dan kita sentiasa dalam rahmat dan redhaNya...^_^
    thumbs up for this entry~!

    ReplyDelete
  5. syukran mis ib..Allah memberi hidayah kpd sesiapa yg dkehendaki-Nya...mcm mne plak kte islam pada nme atau betul seorg2 Islam yg mngerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya..takut plak bila memikirknnya, adakah Allah menerima ibadat kita..huhu

    ReplyDelete